Khamis, 19 Mei 2011

Fraser’s Hill

Pada 9 Mac yang lalu, Rin dan dua org lagi teman outdoor, Kak D dan H, telah membuat keputusan untuk ke Fraser’s Hill memandangkan kami semua belum pernah menjejak kaki lagi ke sana. Persetujuan dibuat selepas RIN habis waktu kerja jam 7 pagi itu. Memang tak kenal penat RIN ni, sudahla baru lepas kerja malam sekarang nk pergi bercuti pula. Nak buat mcm mana kan kalau dah kaki jalan, tak kenal erti letih pun asalkan hati puas.

Kami memulakan perjalanan dari Cheras, Kuala Lumpur tepat jam 1.30 petang. Oleh kerana kami belum makan tengahari, Kak Di berhenti di stesen minyak melawati untuk kami mengisi perut sambil mengisi minyak. “Sapa tau jalan”, Kak D menyoal RIN dan H. Geleng kepala lah dah nama pun x pernah pergi. Bantai je lah Kak D ikut sign board.. Asal boleh je, janji kita happy. Kak D kene drive sebab kami naik kereta dia. H jadi mem besar kat belakang RIN layan Kak D borak jangan mengantuk. Apa yg kami tau untuk ke sana kita akan melalui Kuala Kubu Bharu, jadi kami perlu mencari arah Rawang untuk ke Kuala Kubu Bharu. Itulah susahnya bila xde perancangan awal, main hentam saja lah. Kami x kejar masa so layan je.. Untuk sampai rawang kami mengikut jalan Kuala Selangor. Jalan yg kalah mcm ular kene palu lps tu terkedek2 ikut bontot lori.. Buat sakit hati je. Kesian pula kat Kak D kene drive, sure menggigil lutut dok kene tekan clutch selalu.
Sampi di Empangan (lupa nama tempat) jam 5 petang. Sgt mengejutkan sbb terlalu lama macam nk pergi perlis pula lamanya. Xpelah sbb cara Kak D drive mmg berhemah. Maka melompat-lompat lah kami untuk menghilangkan lenguh badan di empangan tu. Dah puas bergambar sume, kami teruskan perjalanan. Hari semakin gelap bila kami tiba di pintu gate bawah Fraser’s Hill. Ada masa untuk turun naik sebab jalan yg digunakan sempit dan berselekoh yg sangat banyak sehingga RIN terpaksa telan 4 biji panadol sebaik tiba.


Jam 8.30pm baru kami sampai di atas. WOWwww… Mata terpegun dek keindahan bangunan walaupun gelap tapi dengan sinaran lampu kami masih boleh melihat struktur bangunan di situ. Kabus dan angin sejuk mula mencucuk badan dan perut makin kuat bergendang minta diisi. Rasa sepinggan nasi pun x cukup untuk seorg bila dlm keadaan cmni. Jgn terkejut sbb harga makanan di Fraser’s Hill Food Garden ni sgt memuaskan. Perut dah kenyang then kene la cari tempat nak bermalam. Puncak Inn pilihan kami kerana tempat ni pusat @ perantara laluan setiap tempat dan harga pun boleh tahan. Aktiviti yg boleh dilakukan disini, menikmati keindahan alam, melihat burung2, berbasikal di kawasan sekitar, bergambar dan berkhelah di kawasan air terjun Jeriau. Cukuplah semalam kami di atas ni, dan keesokan harinya kami singgah mandi di Air Terjun Chilling sebelum pulang ke rumah. Sebenarnya hanya 1jam sahaja ke Fraser’s Hill dari Kuala Lumpur jika melalui jalan Ulu Yam.




Perkara
Harga (RM)
Minyak Perjalanan (pergi-balik)
30.00
Makan (3org x 2 hari)
100.00
Penginapan (Puncak Inn) – Deluxe room
110.00
Sewa Basikal
10.00



1 ulasan:

  1. Erin... cantik sangat rin.... kalau ade gamba lagi banyak lagi best nih... hehehhee..

    BalasPadam