Info Libur @ Kembara ~


Tip bercuti dengan kos minimum
Pergi bercuti bermakna perlu ada bajet yang mencukupi. Keinginan pergi bercuti kadang kala terhenti bila memikirkan kosnya yang banyak. Bagaimana hendak pergi bercuti dengan kos yang minimum? Ikuti tip-tip yang disediakan untuk anda.

Buat perancangan awal - sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.

Pilih masa yang sesuai - Jika boleh elakkan daripada bercuti sewaktu musim perayaan ataupun cuti sekolah. Cara ini sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak belum bersekolah.

Tempat penginapan - Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda.

Memasak sendiri makanan -  Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit. Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini  bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.

Masak makanan yang ringkas - Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.

Bawa bekal  - Beli yang perlu. Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.


Tips Sebelum Libur @ Kembara

1) Pastikan diri anda berada dalam keadaan bersedia untuk beriadah.
2) Pastikan kesihatan anda berada di tahap memuaskan. Bawa ubat sebagai langkah persediaan.
3) Gunakan d bawa pakaian yang selesa dan sesuai semasa beriadah.
4) Kasut yang sesuai dan selesa adalah perlu supaya tidak mengganggu perjalanan anda.
5) Bawalah peralatan peribadi anda. Pastikan list dahulu senarai peralatan sebelum memulakan perjalanan.
6) Bawalah makanan secukupnya bagi mereka yg mahu bermalam.
7) Pastikan kewangan anda mencukupi supaya tidak mengalami sebarang kesulitan.


Antara Senarai Peralatan yang diperlukan ;


1.topi
2.kasut mendaki

3.lampu suloh kecil
4.pisau kecil
5.kit pertolongan cemas
6.kamera
7.radio kecil(dilarang utk mendengar radio semasa mendaki)
8.pakaian utk balik( tinggal di bawah)
9.selipar
10.snek (ketika mendaki)
11.pen n buku nota kecil
12.gps 

13.bateri tambahan
14.Ground sheet/pelapik duduk
15.hamock
16.tali 6mm -panjang15meter
17.bekas air (minum dan masak)

18.baju hujan/payung
19.beg plastik (spare)

20.Fly Sheet 
21.Sleeping Bag 
22.Sleeping Mat/Pelapik Tidor 
23.Jaket Wind Breaker