Khamis, 26 Mac 2015

Ais Krim Cornetto, Pantai Merdeka !!

Menjadi trend daripada aiskrim dalam pasu, aiskrim dalam kuali, aiskrim dalam kelapa lepas tu ABC pun sama dah macam-macam stail. Rin berkesempatan makan ABC Cornetto yang menjadi sebutan orang kedah ni. Kene cari la nak tau kot mana speselnye. Rin pergi sana hari sabtu, di sepanjang jalan sebelah pantai ada didirikan khemah jualan macam pasar malam. Rin tak sure lah dia buka setiap hari ke or hari sabtu je. So jalan-jalan ambil angin laut petang sambil makan keropok lekor.


Haa.. korang nak tau kat pasar malam ni ada dijual lok-lok, alaaa yang cucuk-cucuk tu tapi ni goring. Maksudnya bahan yang selalu guna untuk steamboat tp yang kat sini diorang gorang lepas tu letak sos. Uniknya kat sini ada pelbagai jenis sos dari coklat, cili, bbq, thousand island, mayonies, dan macam-macam lagi. Harga cuma RM1. Yang sos tu kita boleh pilih nak apa. Malangnya Rin lupa nak ambil gambar sebab ralit sangat main-main buh sos sampai xde rupa dah isi tu. Rasanya korang imagine sendri la sbb sos tu kan dah mainkan peranan rasanya. Dah kengang makan benda tu mula dahaga then baru la nak pekena ABC Cornetto. Walaupun hari minggu tapi takdelah ramai sangat orang sebabnya kat deretan kedai makan ni masih banyak tempat kosong.Boleh kata setiap kedai ade jual ABC cornetto ni Cuma rupa ABC ni je lain2. TikTok..TikTok..Tik..Tok.. dah setengah jam berlalu apa tak sampai lagi ABC order tadi. Agaknya susah sangat kot nak buat.. OK tunggu lagi. Cun 45minit kemudian baru tiba, ABC tu rasa ABC lah, Cornetto tu rasa aiskrim lah.. tak pasti tang mana spesel. Mungkin tang nama dan masa yang diambil untuk hasilannye kot.. Takpe lah korang nilaikan sendri lah ye..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan