Khamis, 26 Mac 2015

Laman Seni Shah Alam !!

Korang tau tak gambar 3D yang bila view dari kamera nampak macam real je. Dah banyak tempat macam ni kat Malaysia, ada yang bayar dan juga FOC. Macam gambar kat bawah ni Rin , hubby and anak dara Rin layan kat Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam. Free je ok. Kisah asalnya Rin nak pergi cari tudung sambil cuci mata tu ternampak la tempat ni yang menarik untuk dipotretkan. Paling penting kat tukang tangkap gambar la untuk nampak real.

Macam dalam kapal kot..!!


Cover air dari belalai gajah kot..!!


Taman dalam hutan kot..!!

Kat pantai, amboiii laki aku ni.. !!


No caption..!!


No Smoking..!!

Pintu rumah sape la Hubby Rin ni nak masuk..!!

Korang ingat tak ni view dalam menan apa..!!


Bajet sakit perut..!! hahaah

Macam dalam masjid..!!


Tempat apa ni? Besau muka orang utan selfie..!!

No caption..!!

Bukti dah sampai sini..!! Muahaha

Ais Krim Cornetto, Pantai Merdeka !!

Menjadi trend daripada aiskrim dalam pasu, aiskrim dalam kuali, aiskrim dalam kelapa lepas tu ABC pun sama dah macam-macam stail. Rin berkesempatan makan ABC Cornetto yang menjadi sebutan orang kedah ni. Kene cari la nak tau kot mana speselnye. Rin pergi sana hari sabtu, di sepanjang jalan sebelah pantai ada didirikan khemah jualan macam pasar malam. Rin tak sure lah dia buka setiap hari ke or hari sabtu je. So jalan-jalan ambil angin laut petang sambil makan keropok lekor.


Haa.. korang nak tau kat pasar malam ni ada dijual lok-lok, alaaa yang cucuk-cucuk tu tapi ni goring. Maksudnya bahan yang selalu guna untuk steamboat tp yang kat sini diorang gorang lepas tu letak sos. Uniknya kat sini ada pelbagai jenis sos dari coklat, cili, bbq, thousand island, mayonies, dan macam-macam lagi. Harga cuma RM1. Yang sos tu kita boleh pilih nak apa. Malangnya Rin lupa nak ambil gambar sebab ralit sangat main-main buh sos sampai xde rupa dah isi tu. Rasanya korang imagine sendri la sbb sos tu kan dah mainkan peranan rasanya. Dah kengang makan benda tu mula dahaga then baru la nak pekena ABC Cornetto. Walaupun hari minggu tapi takdelah ramai sangat orang sebabnya kat deretan kedai makan ni masih banyak tempat kosong.Boleh kata setiap kedai ade jual ABC cornetto ni Cuma rupa ABC ni je lain2. TikTok..TikTok..Tik..Tok.. dah setengah jam berlalu apa tak sampai lagi ABC order tadi. Agaknya susah sangat kot nak buat.. OK tunggu lagi. Cun 45minit kemudian baru tiba, ABC tu rasa ABC lah, Cornetto tu rasa aiskrim lah.. tak pasti tang mana spesel. Mungkin tang nama dan masa yang diambil untuk hasilannye kot.. Takpe lah korang nilaikan sendri lah ye..





Pulau Aman, Penang

Sesalu la dengar orang cerita tentang Pulau Aman yang terkenal dengan hasil laut yang fresh (opp coz la dah dekat dengan laut kan..), dan mee udang. Kali ni Rin berpeluang datang tengok sendiri tempat  ni. Jejak je kaki kat sini hati dah suka. Subhanallah cantiknye laut, sesuai sangat kalau nak buat cari ketenangan, untuk kaki pancing dan mereka yang sukakan laut. Kene naik boat tau nak kesana, tapi jgn risau pada yang mabuk laut coz laju gila driver boat ni bawa. tak sampai 5 minit dah sampai.Bayaran seorang RM6 pergi balik.



Tangga turun ke bawah nak ke jeti sebelum ke Pulau Aman


Jeti tempat menunggu boat

View dari dalam boat

Yeay...dah sampai


Pintu gerbang Pulau Aman

Resit tambang boat

Map dalam perkampungan Pulau Aman

Tempat yang menarik di Pulau Aman


Orang kampung baru lepas dapat hasil laut


Perut laporrr... makan kat restoran terapung

Mee Udang


Chalet

Chalet







Selasa, 24 Mac 2015

Candle Light Dinner @ Bora Ombak !!

Bersawang nye blog Rin ni xde hupdate cerita baru. Bukan tak ade cerita, banyak gila kot boleh kata setiap minggu explore tempat baru tapi masalahnye Rin tak ada masa nak menaip n sikap malas ++.. Hehehehe...

Kali ni Rin nak kenang-kenang balik moment masa buat surprise Candle Light Dinner (CLD) untuk hubby kat Bora Ombak, Ampang. Masa kejadian Rin tengah tak sihat, demam, sakit kepala tapi gagahkan juga nak buat suprise kat hubby. Sehari sebelum, Rin dah call Bora Ombak untuk booking table. Kat sini ada pakej CLD yang mana harganya sangat berpatutan RM150 meliputi set dinner dan diiringi alunan muzik band live lagi.. Bayangkan punya excited nye Rin sanggup drive dari Klang. Hubby senyap je time drive tp dah sampai ampang dia jadi pelik nape pergi jauh2 ni, kita nak balik rumah mama ke(rumah MIL).. Sampai kat area Ampang Point rin singgah Secret Recipe konon-konon Rin teringin nak makan kek tp boleh tanya kat Hubby nak mkn kek apa?? Mengong lak aihh.. Hampir terkantoi lak. 

Sampai je kat Bora Ombak dah ade waiter yang tunggu kami dan bawakan kami kat meja. Lepas tu Rin bagi la kek tu kat waiter untuk di surprise kan nnt, kiranya di akhir episod nanti bg la. So no menu sebab Rin dah siap2 order, malas nak bg encik hubby tengok nnt dia tau la brape harga CLD dia ni kan. Hohoho... Starter dengan appetizer garlic bread dan mushroom soup. Tak sampai 10 minit dah habis, tu petanda kami lapor.. tak senonoh organizer ni sbb dia yang lebih. Next main menu Lamb untuk hubby dan chicken chop untuk Rin. Tengah syok makan abang sado live band duk sebelah kitorang nyanyi. Sedap tul sore diorang sampai tak dapat makan duk tengok muka dan dengar diorang nyanyi. Haipp.. jgn tengok lama2 pada yang dah berpunya !!! Time tu pun tak ramai orang tu yang diorang boleh nyanyi lelama kat kitorang. Lepas makan dessert ais krim, datangla waiter bawa kek sambil diorang nyanyi lagu besday.. Rin tengok je gaya en hubby, terharu tak?? Pes time ni tau your wifey buat jiwang2 cenggini. Balik rumah tu Rin terus terbongkan dan demam panas.. Adehh.. Tapi pic kat bawah ni masa waktu kejadian je, pic x berapa cantik coz hp tak berapa nak canggih tangkap waktu malam ni.


Pintu masuk Bora Ombak









Ahad, 23 Februari 2014

Welcome back..

Rindu nye nak ber blogging semula. Banyak dah cerita yang saya pendam sampai tak ingat apa bila dah sign in blog ni. Dengan bangganya saya nak umumkan, saya dah ada iPad so blh la teruskan balik sesi story mori ni.. Hehehe.. Hangpa jangan jeles keyyy...


Ahad, 3 Mac 2013

Bukan Mizz lagi...~

Kepak..kepak..kebung..kebung..(versi kompang) =)

Kenapa Rin lama tak update blog? Takde adventure lagi ke? Tak ada cerita ke?

Ehhh... bukan macam tu, sepanjang masa Rin beradventure buat itu ini pergi sana sini cuma tak sempat nak update coz Rin bukan Mizz.. lagi.. Hehehehe.. Mel pun sama.. Kami dah ade ehem.ehem.. (Berpacaran sudaa).. Dah takde masa nak outing sama-sama. Asik dengan pakwe masing-masing je tapi kami tetap jumpa juga.

Rin je up melangkah terus dari ade BF , kemudian BF datang merisik, maka kami pun bertunang pada 2 Jun 2012 dan alhamdulillah bernikah pada 16 November 2012..

Ni Rin dan Zam masa belajar dulu. Kami close friend.

Ni saat kami dinikahkan

Majlis persandingan sebelah Rin
 
Majlis persandingan sebelah lelaki
 
 

Selasa, 24 Mei 2011

Bukit Tinggi ~


14 Mei 2011 bersamaan hari sabtu yg indah. Rin bermalam di rumah sepupu mlm td. Pg ni diorang satu family xde pergi ke Rembau kerana ada urusan. Maka tinggallah Rin keseorangan, membasuh kain, mengemas rumah , melayari internet, tengok siaran tv xde show yg best then sidai kain. Jam baru menunjukkan pukul 11am. Apa aktiviti nak buat lagi ye di rumah orang ni. Trutt..trutt..

“Hello Rin, free x? Jom kita pergi jalan nak?” Kawan RIn Z call. “Nk ke mana Z? Rin free je cume pitih la takdo..Hehe..” Bab jalan ni Rin laju je tambah klu ade pensponser. Hehehe.. 
“ Bisa diatur Rin, just pick up me at home @ Bandar Tasik Selatan.” Ok, bersiap ala kadar cek minyak itam kereta, air (perkara asas sblm jalan jauh), cume petrol je ngam2 ni. Tepat jam 12 tghari kami gerak dari KL. Let's go to Bukit Tinggi... Mengikut peta x la jauh mana, hanya selepas Genting Highland. Lebih kurang 45 minit perjalanan dari KL sehingga Bukit Tinggi. Teruja betul bila tau nk kesana sebab sgt sesuai utk orang spt RIn yang suka mengambil gambar. Sampai di Ticket Booth (macam pondok plaza TOl), setiap pelawat dikenakan caj RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak.

Byk aktiviti yg blh dilakukan disana selain bergambar di samping tu byk tempat menarik blh dilawati di sana. Memula sekali kira perkara wajib bagi mereka yg pertama kali, sila akses internet la contoh blog2 mcm blog Rin ni ke utk mendapatkan maklumat ttg tempat peranginan ni. 

Colmar Tropicale adalh tempat terletak nya bangunan2 unik dan cantik utk dilihat, diinap, diterokai dan semuanya bestla.. Kagum sgt sbb mcm pergi oversea.(sbb x pernah pergi oversea). hehehe..Snap sana sini, pusing keliling lps tu Rin pergi pulak ke Japanese Village yg hanya dibuka dari jam 10am – 6pm. Untuk ke sini daripada Colmar Tropicale anda akan melepasi Le Chevalier dan The Chateau SPA & Organic Wellness Resort. Kat sana ada Japanese Tea House, Ume Tatami Suite, Tatami Spa, Ryo Zan Tei Restaurant, Sauvenir Shop dan Botanical Garden. Selain itu, pengunjung boleh ke Rabbit Park @ Taman Arnab dan Horse Stables utk menunggang kuda. 

Banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan disini juga spt Jungle Trekking, Memanah, bermain Bowling & Tennis dan Bermain Golf di Berjaya Hills Golf & Country Club dan selebihnya korang explore sendiri ye. Tapi sebelum datang make sure makan siap2 coz makanan kat sini tak termampu Rin. Hotel pun xde rate yg spesifik sentiasa berubah mengikut musim. Pepun trip kali ni mmg best n sgt sesuai utk semua golongan… =)



























Perkara
Harga (RM)
Minyak Perjalanan (pergi-balik)
20.00
Tol Karak (pergi-balik)
10.00
Tiket masuk : Dewasa
Kanak-Kanak
12.00
6.00
Sewa Basikal
10.00
Taman Arnab
3.00
Horse Ride
2.00