Selasa, 24 Mei 2011

Bukit Tinggi ~


14 Mei 2011 bersamaan hari sabtu yg indah. Rin bermalam di rumah sepupu mlm td. Pg ni diorang satu family xde pergi ke Rembau kerana ada urusan. Maka tinggallah Rin keseorangan, membasuh kain, mengemas rumah , melayari internet, tengok siaran tv xde show yg best then sidai kain. Jam baru menunjukkan pukul 11am. Apa aktiviti nak buat lagi ye di rumah orang ni. Trutt..trutt..

“Hello Rin, free x? Jom kita pergi jalan nak?” Kawan RIn Z call. “Nk ke mana Z? Rin free je cume pitih la takdo..Hehe..” Bab jalan ni Rin laju je tambah klu ade pensponser. Hehehe.. 
“ Bisa diatur Rin, just pick up me at home @ Bandar Tasik Selatan.” Ok, bersiap ala kadar cek minyak itam kereta, air (perkara asas sblm jalan jauh), cume petrol je ngam2 ni. Tepat jam 12 tghari kami gerak dari KL. Let's go to Bukit Tinggi... Mengikut peta x la jauh mana, hanya selepas Genting Highland. Lebih kurang 45 minit perjalanan dari KL sehingga Bukit Tinggi. Teruja betul bila tau nk kesana sebab sgt sesuai utk orang spt RIn yang suka mengambil gambar. Sampai di Ticket Booth (macam pondok plaza TOl), setiap pelawat dikenakan caj RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak.

Byk aktiviti yg blh dilakukan disana selain bergambar di samping tu byk tempat menarik blh dilawati di sana. Memula sekali kira perkara wajib bagi mereka yg pertama kali, sila akses internet la contoh blog2 mcm blog Rin ni ke utk mendapatkan maklumat ttg tempat peranginan ni. 

Colmar Tropicale adalh tempat terletak nya bangunan2 unik dan cantik utk dilihat, diinap, diterokai dan semuanya bestla.. Kagum sgt sbb mcm pergi oversea.(sbb x pernah pergi oversea). hehehe..Snap sana sini, pusing keliling lps tu Rin pergi pulak ke Japanese Village yg hanya dibuka dari jam 10am – 6pm. Untuk ke sini daripada Colmar Tropicale anda akan melepasi Le Chevalier dan The Chateau SPA & Organic Wellness Resort. Kat sana ada Japanese Tea House, Ume Tatami Suite, Tatami Spa, Ryo Zan Tei Restaurant, Sauvenir Shop dan Botanical Garden. Selain itu, pengunjung boleh ke Rabbit Park @ Taman Arnab dan Horse Stables utk menunggang kuda. 

Banyak lagi aktiviti yg boleh dilakukan disini juga spt Jungle Trekking, Memanah, bermain Bowling & Tennis dan Bermain Golf di Berjaya Hills Golf & Country Club dan selebihnya korang explore sendiri ye. Tapi sebelum datang make sure makan siap2 coz makanan kat sini tak termampu Rin. Hotel pun xde rate yg spesifik sentiasa berubah mengikut musim. Pepun trip kali ni mmg best n sgt sesuai utk semua golongan… =)



























Perkara
Harga (RM)
Minyak Perjalanan (pergi-balik)
20.00
Tol Karak (pergi-balik)
10.00
Tiket masuk : Dewasa
Kanak-Kanak
12.00
6.00
Sewa Basikal
10.00
Taman Arnab
3.00
Horse Ride
2.00



Tiada ulasan:

Catat Ulasan